Buka Puasa at The Resort Cafe - Sunway Hotel

Ramadhan 2015 @ The Resort Cafe + Fuzion, Sunway Hotel & Resort

I love the buffet here at The Resort Cafe. Newly opened; the vast dining space, the sheer variety of dishes and the impressive monumental octagonal-shaped towers filled with fresh greens and fruits promised a delightful dining experience.

For the dinner buffet you can have a look at the images here. Today my friend Ishak will share about his Ramadan buffet experience at both the Resort Cafe & Fuzion. I wish I was there in person, for like I said, The Resort Cafe offers one of the best buffets in town.

However I was stuck somewhere in India, eating dosai and curries while Ishak happily chowed down wagyu on my behalf. So here goes, Ishak’s recollection of his buka puasa dinner at Sunway Hotel and Resort.

************************************************************************************************************************

eXplorasa hampir saban hari menerima jemputan food review untuk buffet Ramadhan di hotel dan restoran. Baru-baru ini kami menerima jemputan daripada Sunway Resort Hotel & Spa untuk sesi review buffet Ramadhan di restorannya, The Resort Cafe dan Fuzion. Terima kasih kepada blogger Rebecca Saw kerana memberi peluang kepada explorasa untuk sesi review ini.

replika gajah di luar restoran

Replika Kijang

Memang teruja! Memang sudah diketahui umum bahawa restoran ini memang hebat dalam bab penyediaan makanan terutama untuk bulan yang terkenal dengan lambakan makanan ini.

Chopstick

Pada Ramadhan tahun ini (2015) pihak restoran ini akan membuat kelainan dengan menyediakan 2 suasana. Yang pertama ialah suasana di dalam dewan dengan 400 hidangan menu dari Asia.
Ini termasuk menu-menu asli daripada negara kita Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, China, Korea, Jepun dan tidak ketinggalan menu daripada Timur Tengah.

DSC_0417

Pengunjung juga boleh menikmati suasana bazar Ramadhan dengan masakan secara langsung oleh chef yang bertugas di 10 stesen makanan tempatan dan 6 stesen kawah yang di letakkan di luar restoran untuk memberi kelainan dan rasa sebenar seperti berada di bazar Ramadhan.

Sesi Food Review.

Antara menu-menu yang disediakan untuk kami di sesi food review tersebut adalah:

1. Sup Gear Box Turbo.

Sup gear box yang sungguh sedap

Ini adalah menu wajib cuba jika anda ke restoran ini. Hasil daripada rebusan dengan api perlahan selama 8 jam, daging yang terlekat di tulang kaki lembu ini menjadi lembut dan mudah terlerai daripada tulang.
Dengan rempah ratus yang disediakan khas oleh chefnya, menu ini adalah antara yang terbaik yang pernah saya rasa.

sup gear box

Aromanya sudah cukup membuka selera apatah lagi apabila dicuba daging dan kuahnya. Yang paling mengujakan ialah sewaktu menghirup cecair dalam tulang dengan menggunakan straw yang disediakan.
Sukar dijelaskan dengan kata-kata. Awas! jangan terus menghirup cecair tulang tu. sebabnya ia sangat panas. Melecur lidah nanti. Tunggu dulu beberapa minit sehingga ianya sejuk sedikit.

sup gear box restoran ini sangat sedap

Oh ya, Sup Gear Box Turbo ini ada khasiatnya. Selain daripada dapat memanaskan badan, ia bagus untuk memulihkan fungsi otak, baik untuk kulit dan boleh mengurangkan keradangan.

2. Rendang Tok dan Lemang.

Lemang dan rendang tok

Terasa seperti di pagi raya pulak. Lemangnya lembut dan rendang Toknya memang sedap.

3. Stesen Kawah di luar restoran.

fuzion gulai kawah

Kami berpeluang menyaksikan chef-chef memasak gulai kaah di luar restoran ini. Ini adalah gambaran sebenar di bulan puasa nanti.

4. Seleksi Menu Panggang.

chef

Kami dihidangkan dengan pelbagai seleksi menu panggang. Antaranya Wagyu Beef, Daging Rusa, Ayam, Kambing, Pelbagai makanan laut, dan juga Daging Arnab.

me and chef

Daging-daging ini diperap dengan berhati-hati dengan menggunakan seasoning limau, garam dan herba terpilih untuk mengekalkan rasa asli menunya.

5. Mee Rojak.

mee rojak

Mee Rojak juga disediakan untuk kami sebagai mewakili menu feveret daripada negara kita Malaysia.

6. Menu Popular dari Kepulauan Melayu dan Timur Tengah.

Selain daripada mee rojak banyak lagi menu mewakili Kepulauan Melayu. Manakala menu yang mewakili negara Timur Tengah pula ialah Daging Burung Unta – Ostrich Sharwarma, Saudi Prawn Kabsa, Saudi Chicken Kabsa (Biryani), Stuffed Chicken with Freekeh, Lebanese Hummus, Shish Tawook dan lain-lain lagi.

Menu-menu tersebut mewakili negara-negara timur tengah seperti Saudi Arabia, Iran, Lebanon, Jordan, Syria, dan Mesir.

7. Pengat Labu.

pengat llabu

Sangat unik cara menu ini dihidangkan. Ini bukanlah pertama kali saya mencuba Pengat Labu.
Cuma selama ini saya menikmatinya di dalam mangkuk kecil. Kali ini kami dihidangkan dengan Pengat Labu yang dimakan di dalam buah Labu yang sebenar. Sungguh unik. Dan rasanya sangat sedap!

8. Coconut Shake.

cocout shake

Coconut Shake dihidangkan untuk menyejukkan badan juga merupakan hidangan terakhir untuk sesi food review pada malam tersebut. Juga unik dan segar kerana ia dihidangkan di dalam buah kelapa sebenar.

Menu lain di The Resort Cafe:

Selain menu-menu yang dihidangkan kepada kami, restoran ini juga turut menyediakan pelbagai menu-menu yang lain. Yang memang mustahil untuk kami merasa dan mencuba kesemua ratusan menu-menu tersebut.

Antaranya ialah pelbagai menu berasaskan mee yang dikhaskan di Noodle Corner Resort Cafe. Sebanyak 7 jenis menu berasaskan mee yang disediakan di situ termasuk Nyonya Laksa Mee, Mee Rebus, Laksa Utara, Mee Kari Seremban, Bee Hun Sup Udaang, Mee Udang dan Sup Bebola Ayam Medan Selera.

Di Roti Station pula, anda boleh dapatkan pelbagai jenis menu berasaskan roti seperti Murtanak, Roti Pisang, Roti Jala, dan Roti Tisu yang boleh anda makan bersama gulai kawah yang disediakan.

gambar roti tisu

murtabak 2

Ikan Bakar dan pelbagai jenis sambal serta pelbagai jenis lauk pauk yang lain juyga ada disediakan di Ikan Bakar Station.

ikan bakar

Satu lagi yang amat menarik hati saya di restoran ini ialah terdapat pelbagai buah-buahan yang yang segar disediakan di sini. Sebagai peminat buah-buahan, ini menjadi faktor untuk saya datang lagi ke sini untuk berbuka puasa.

tomato jagung

DSC_0479

Di satu sudut yang lain terdapat pelbagai menu Asian Salads seperti Rojak Buah, Som Tam, dan ulam-ulaman termasuk sambal belacan, Cincalok dan Budu.

Untuk dessert pula aneka kuih muih tradisiona disediakan untuk pengunjung. Antaranya ialah Tapai Ubi, Kuih Wajid, Kuih Lompang, Apam Kelapa, Dodol, Kuih Seri Muka, Pulut Inti Kelapa, dan Kuih Siput. Dessert berasaskan sup pula ialah Bubur Cha Cha, Pengat Pisang, Pengat Labu, dan Bubur Kacang Merah. Turut disediakan di Dessert Bar ialah pelbagi jenis kek, ais krim, Cookies dan Chocolate Fountain dengan pelbagai bahan.

Foto makanan di The Resort Cafe:

udang

tiram

tiram dan ketam

siput sedut

serunding ikan

sate

salmon 2

*************************************************************************************************

Fuzion Live Street-Food Bazaar.

Untuk memberi suasana santai seperti bazaar ramadhan, Fuzion akan dibuka kepada pengunjung di bulan ramadhan nanti.

Antara yang boleh anda dapati di the fuzion ini ialah 10 stesen makanan yang menyediakan makanan secara lamgsung, dan 6 stesen kawan yang disediakan di luar restoran. Lebih kurang 100 jenis lauk pauk akan disediakan secara bergilir-gilir pada setiap malam.

Antara yang menarik di stesen kawah ialah 6 jenis gulai kawah termasuklah rendang daging tok, gulai ikan masin nenas, ayam Masak Merah dan bermacam gulai makanan laut.

chef gulai kawah

Stesen nasi dijangka akan mendapat sambutan. Ini adalah kerana beberapa jenis nasi yang akan disediakan bergilir-gilir pda setiap hari. Antanya adalah Nasi Hujan Panas, Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Beriyani Ayam, Nasi Pelangi, Nasi Dagang Arab dan Beriyani Telur.

Di stesen Noodle pula terdapat bermacam jenis menu berasaskan mee seperti mee goreng seafood, bee hoon goreng nyonya, mee goreng mamak, kuey teow goreng, mee jawa, dan bee hoon siam goreng

Bubur lambuk yang terkenal, bubur lambuk ayam madu istimewa kampung raja turut disajikan oleh chef Parthiban. Bubur lambuk ini dinobatkan sebagai johan di dalam pertandingan memasak bubur lambuk kuala lumpur 2014

Stesen-stesen lain adalah stesen goreng, setesen satay, stesen kambing golek, stesen warung roti, stesen lemang dan ketupat dan steaen kukus.

Masa Buffet Ramadhan di restoran ini:

18 Jun 2015 hingga 16 Julai 2015, di adakan setiap malam untuk makan malam dari jam 6:00 petang – 10:30 malam.

Harga:

The Resort Cafe: bermula dari RM168 nett untuk dewasa manakala RM78 nett untuk kanak2 dari usia 6 hingga 12 tahun

Fuzion: RM138 nett untuk dewasa dan bagi kanak2 pula RM68 nett.

Hubungi:

THE RESORT CAFE & FUZION
Tempahan hubungi : 603 7495 2009
Laman web : www.sunwayhotels.com